PERHIMPUNAN DEMO MANSUHKAN PTPTN GAGAL..!!



Kenapa aku kata ianya gagal?? Anda sendiri dapat tengok berapa ramai lah sangat tolol2 yang kantoi PTPTN turun ke perhimpunan tu?? Tak lah ramai sangat... Orang tengok bola kat stadium game Kelantan vs T-Team lagi ramai lerr.. Nampak sangat gagalnya sesebuah perhimpunan kan?? 300 org jerr yg turun?? Kih kih kih.. Kenduri kahwin atok aku pon ramai yg turun.. dekat 2K org datang ok..

Cuba perhatikan pemandangan kesuluruhan yang hadir.. Ramai kerr?? Rasanya kalau diberi masa 10 minit pon boleh sempat kira kan orang2 yg ada kat dalam gambaq tuu kan? Memalukan lah bila perhimpunan yang dikatakan gempak dan mendapat liputan media yang sangat meluas, tapi, tak ramai plak yang hadir... 

Ini membuktikan bekas2 mahasiswa ramai yang terdidik dan dapat berfikir dengan waras dengan mengambil keputusan tak menghadiri perhimpunan tersebut.. Cuma mereka yang looser dan takdak jalan nak bayar hutang PTPTN jerr akan turun... Dan yang paling pasti sekali, mereka ini adalah puak2 pakatan pembangkang yang sengaja nak mencemarkan imej Kuala Lumpur.
 
Apa yang paling menyedihkan ialah apabila ada antara bekas2 mahasiswa yang memakaikan kalung kematian kepada gambar pemimpin kesayangan kita.. Di mana akal bijak seorang mahasiswa?? Bagaikan seorang rakyat yang tiada maruah dengan memperlakukan sebegitu. Sikap biadap pemuda tersebut harus diambil tindakan agar menghormati pemimpin. Nama jerr bekas mahasiswa.. Patut digelar MAHASEWEL lagi layak...

Oleh kerana mereka sedar bahawa perhimpunan tersebut gagal, mula lah mereka buat perkara yang bukan2.. bagi aku, perhimpunan ini bukan perhimpunan aman.. Tetapi perarakan yang menampakkan kebodohan diri sendiri dalam menunjukkan perasaan marah selepas kantoi tak dapat nak bayar PTPTN.. Kesian kan?? Desprate sampai mcm tuu sekali mereka tuhh..

Apa2 pun, tahniah aku ucapkan kepada anda yang mengambil tindakan tidak hadir ke perhimpunan yang sebegitu.. Demonstrasi bukan jalan penyelesaian kepada masalah... Malah akan membawa keburukan dari sudut imej negara dan imej sosial negara Malaysia.. Harap tindakan yang sama akan diambil oleh semua rakyat malaysia sekiranya berniat untuk menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 yang sememangnya sia2 sahaja...


PERHIMPUNAN BERSIH = PENGKHIANAT NEGARA

BERSIH itu ambiga
AMBIGA itu pengkhianat
PENGKHIANAT itu perhimpunan
PERHIMPUNAN itu anda yang TENTUKAN...!!




Share your views...

0 Respones to "PERHIMPUNAN DEMO MANSUHKAN PTPTN GAGAL..!!"

 

© 2010 media perlis All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Media Perlis